Pelajar MJII cipta aplikasi hidupkan enjin motosikal guna telefon

Video pelajar MJII Beranang berjaya mencipta aplikasi menggunakan telefon android untuk menghidupkan enjin motosikal tanpa menggunakan kunci tular di Twitter.
Video pelajar MJII Beranang berjaya mencipta aplikasi menggunakan telefon android untuk menghidupkan enjin motosikal tanpa menggunakan kunci tular di Twitter.
A
A
A

SHAH ALAM - Kebolehan pelajar di Malaysia sewajarnya mendapat pujian kerana mereka mempunyai kepintaran dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Ini terbukti apabila dua anak muda dipercayai pelajar Mara Japan Industrial Institute (MJII) Beranang mencipta kejutan apabila berjaya mencipta aplikasi menggunakan telefon android untuk menghidupkan enjin motosikal tanpa menggunakan kunci.

Berdasarkan klip berdurasi 59 saat yang kini tular di Twitter, pelajar terbabit dilihat menghidupkan enjin motosikal dengan hanya menggunakan kad pengenalan dan aplikasi terbabit.

Video dimuat naik @Wadeehe turut memperlihatkan pelajar terbabit membuat demonstrasi cara menggunakan aplikasi berkenaan yang mempunyai dwi fungsi iaitu menghidup serta mematikan enjin motosikal.

Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, rata-rata pengguna media sosial memuji kepintaran pelajar berkenaan dan berharap bakat mereka dapat diketengahkan ke tahap lebih tinggi.

"Bergeliga otaknya. Banyak saraf otak bergubung. Kiri dan kanan sama function (fungsi) otaknya ni. Tahniah dan well done bro," tulis @aliffdanial.

"Anak bangsa Melayu yang boleh dibanggakan," tulis @mamat07.

“Bakat-bakat mereka ini yang kita mahukan untuk generasi akan datang," tulis@kim kimchi pula.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, video berkenaan diulang ciap hampir 21,000 pengguna dan mendapat lebih 14,000 tanda “gemar”.