[DIKEMASKINI] Koyak lutut, Siti Nurhaliza tetap tamatkan perlumbaan

No Image Caption
A
A
A

BIARPUN terlibat dengan kemalangan kecil dan mengalami kecederaan di bahagian lurut kirinya, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap meneruskan kayuhannya sehingga ke garisan penamat dalam acara berbasikal RHB Cycling Ride 2019 pada malam tadi.

Menurut perkongsian yang dilakukan di laman Instgaramnya, kata Siti dia tetap bersemangat menghabiskan perlumbaan demi anaknya, Siti Aafiyah.

No Image Caption

“Alhamdullillah.. medal kedua untuk anakku, Aafiyah menerusi #rhbcyclingride2019 #lekashway. Walaupun ibu jatuh, koyak lutut.. ibu teruskan hingga ke akhir garisan.

No Image Caption



No Image Caption

“Terima kasih team #ctdkteam yang banyak beri sokongan.. @faizsyarifuddin @aiza_mokhtar @ddaziz @hafizkutti @rafidahashikin @hafifimansor,” tulis sebagai kapsyen pada gambarnya bersama pingat yang dimenangi.

Siti sememangnya menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobinya di masa lapang, selain kerap menyertai perbagai acara berbasikal yang dianjurkan bersama suami dan rakan-rakannya.

Artikel Berkaitan: