Berbaloi datang dari jauh!

Azimuhaiza (dua dari kanan) bersama anaknya, Alisha Azzahira, 8 sedang memilih buku latihan yang dijual pada Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf di Seksyen 15 di sini.
Azimuhaiza (dua dari kanan) bersama anaknya, Alisha Azzahira, 8 sedang memilih buku latihan yang dijual pada Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf di Seksyen 15 di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak mahu terlepas peluang! Walaupun menetap di Kuala Lumpur, ia tidak menghalang pasangan suami isteri, Abdul Razak Ujang, 41 dan isteri, Afidah Abdul Latiff, 35, untuk datang ke Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf di Seksyen 15 di sini.

Abdul Razak berkata, tumpuan utama dia dan isteri adalah untuk mendapatkan bahan bacaan serta buku latihan untuk empat anak mereka berusia antara lapan hingga 11 tahun.

"Ini kali pertama kami datang tapi saya cukup berpuas hati kerana terdapat banyak pilihan untuk buku-buku latihan anak-anak dan harga yang ditawarkan juga sangat murah berbanding di kedai buku.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari pertama Jualan Gudang Karangkraf tarik lebih 1,000 pengunjung

Maskot Upin Ipin, Teddy tarik lebih ramai pengunjung

"Tak rugi datang jauh-jauh, lain kali pasti datang lagi," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Azimuhaiza Abdul Aziz, 37, berkata, dia dan isterinya, Zita Ezura Manap, 36, boleh dikatakan pengunjung tegar kerana tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung setiap kali Karangkraf menganjurkan jualan gudang.

Azimuhaiza (kiri) bersama isteri, Zita Ezura (kanan) dan anak sulung mereka, Alisha Azzahira sedang memilih buku-buku latihan yang dijual di bahagian jualan buku pendidikan Bestari Karangkraf pada Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf di Seksyen 15 di sini.

Azimuhaiza berkata, biasanya mereka akan membeli bahan bacaan untuk sekeluarga tapi kali ini lebih menumpukan untuk mendapatkan buku latihan serta buku bacaan untuk dua anak berusia lima dan lapan tahun.

Artikel Berkaitan:

"Saya beli buku latihan untuk setiap subjek bagi anak berusia lapan tahun sebab tahun ini tiada lagi peperiksaan di sekolah untuk murid tahun dua... Jadi buku latihan ini sebagai pengganti, selain bantu dia mengulangkaji apa yang dipelajari di sekolah.

"Untuk adiknya yang baru pandai membaca, kami beli beberapa jenis buku cerita untuk galakkan dia membaca dengan lebih lancar lagi," katanya yang berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.

Selain berpeluang membeli buku serendah RM1, pengunjung cilik juga boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang sudah disusun penganjur, antaranya:-

- Peraduan mewarna Kids Prima

- Klinik Al-Fatihah

- Horay bersama maskot Teddy