Malaysia, Turki kerjasama bina super car: Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (empat, kanan) melihat kereta berkuasa tinggi keluaran Syarikat Onuk di akhir lawatan rasmi beliau ke Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (empat, kanan) melihat kereta berkuasa tinggi keluaran Syarikat Onuk di akhir lawatan rasmi beliau ke Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

ISTANBUL - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau merancang menjalin kerjasama dengan syarikat dari Turki dalam pembuatan ‘super car' bagi meningkatkan lagi keupayaan industri automotif negara.

Katanya, beliau telah lama melihat keupayaan yang ada pada syarikat dari Turki itu, namun hanya sekarang perkara itu boleh dilaksanakan.

“Saya sedar kebolehan mereka. Tetapi tiada tindakan susulan waktu itu kerana semasa saya ada maklumat berkenaannya, saya bukan Perdana Menteri, jadi terganggu sikit nak kemajuannya.

“Dan sekarang, mereka sedia berkerjasama.., bukan sahaja kereta seperti itu (super car) bahkan kereta-kereta lain,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi beliau ke Turki, di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di sini pada Sabtu.

Dr Mahathir tiba di Ankara, ibu negara Turki, pada Rabu untuk lawatan empat hari, dan berada di sini sejak Jumaat.

Selain itu, Dr Mahathir berkata pertemuan beliau dengan ahli perniagaan Turki di sini pada Jumaat juga menghasilkan peluang yang baik untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan hab peniagaan di Asia Tenggara dan negara-negara lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: