Ahad baharu bincang, kata Tosrin

Tosrin
Tosrin
A
A
A

PONTIAN - Belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan, Majlis Agama Islam Johor akan adakan perbincangan Ahad ini, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi berhubung dakwaan larangan menyembelih binatang di kawasan masjid dan surau di negeri ini.

Sebelum ini, tular di media sosial pekelililing bagi ibadah korban di Johor sejak semalam.

Menurut Tosrin, dia juga tidak mengetahui bagaimana surat pekeliling itu ditularkan sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenainya.

"Belum lagi tandatangan dan arahan terhadap perkara yang tular itu. Apa- apa pun tunggu Ahad ini," katanya sewaktu ditemui selepas perasmian Ekspo Tani Johor dan Hari Bertemu Pelanggan MoA Inc peringkat negeri di Dataran Pontian, di sini hari ini.

Terdahulu tular surat pekeliling berhubung larangan menggunakan masjid dan surau di negeri ini sebagai tempat menyembelih binatang korban.

Selain itu terkandung larangan melakukan aktiviti melapah atau mencincang daging dan anggota haiwan korban di mana-mana kawasan masjid dan surau.

Artikel Berkaitan: