Piagam Umno-Pas tak masuk akal: Sazmi

Sazmi menyampaikan cenderahati kepada peserta program Bakti Siswa@School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh hari ini.
Sazmi menyampaikan cenderahati kepada peserta program Bakti Siswa@School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh hari ini.
A
A
A

GUA MUSANG - Bersatu Kelantan membayangkan Piagam UMNO dan Pas yang akan dimeterai hanyalah piagam yang tidak masuk akal dan tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan.

Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah berkata, sekiranya piagam itu menjurus kepada satu-satu bangsa sahaja, ia tidak akan memberi kesan kepada rakyat.

"Ini cerita kelakar. Selama 60 tahun mereka (Pas-UMNO) tidak mampu untuk bersama, sekarang boleh timbul kerjasama dalam masa setahun selepas peralihan kuasa.

"Bagaimanapun, saya mengalu-alukan piagam itu dan semestinya rakyat juga boleh menilai sejauh mana kerjasama mereka. Mereka tidak akan boleh memerintah negara tetapi boleh jadi pembangkang yang kuat," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Bakti Siswa@School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh di sini hari ini.

Terdahulu, UMNO dan Pas memuktamadkan kerjasama melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) yang akan diadakan pada 14 September ini.

Piagam dan MoU itu akan ditandatangani sendiri presiden kedua-dua parti dan majlis itu akan dihadiri semua pemimpin UMNO serta Pas dari seluruh negara.

Dalam pada itu, Sazmi menyifatkan pergeseran antara pemimpin tertinggi PKR hanyalah proses memperbetulkan keadaan.

Artikel Berkaitan:

"Ini masalah dalaman mereka, ia boleh diselesaikan dan tidak akan mengancam kedudukan PH.

"Sebagai parti yang sudah lama dan melalui banyak fasa, mereka berjaya menangani ujian yang lebih besar sebelum ini. Ini ujian kecil sahaja," katanya.