Kembara digital Malaysia inisiatif bantu rakyat depani era digital

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (dua, kanan) Kembara Digital Malaysia 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru hari ini. Foto: Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (dua, kanan) Kembara Digital Malaysia 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

IPOH - Dalam satu lagi usaha untuk membantu rakyat Malaysia menghadapi era digital, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini melancarkan Program Kembara Digital Malaysia (KDM) yang mempamerkan pelbagai kelebihan teknologi komunikasi dan perkhidmatan digital kepada rakyat dan negara.

Menteri berkenaan Gobind Singh Deo menegaskan bahawa pihak kementerian amat menyedari keperluan untuk meningkatkan usaha mengukuhkan infrastruktur telekomunikasi bagi memastikan Malaysia mampu menghubungkan rakyatnya serta perniagaan dan industri ke dunia global.

Beliau mengutip dapatan Forum Ekonomi Dunia dalam menegaskan mengapa Malaysia perlu terus berusaha ke arah penembusan jalur lebar yang lebih besar.

"Laporan Forum Ekonomi Dunia mendapati peningkatan 10 peratus penembusan jalur lebar di sesebuah negara membangun menyumbang 1.38 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM18 bilion dalam konteks Malaysia," kata Gobind ketika berucap pada perasmian program itu.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mewakili Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam penyediaan infrastruktur telekomunikasi jalur lebar kepada penduduk Malaysia, menteri itu menarik perhatian bahawa ia tidak hanya tertumpu kepada penduduk di kawasan bandar sahaja malah turut merangkumi penduduk di kawasan pinggir bandar. -Bernama

Artikel Berkaitan: