Peniaga kain dituduh bakar kereta Mufti Perlis

 Mohd Asri
Mohd Asri
A
A
A

KANGAR - Peniaga kain dari Baling, Ahmad Mee atau lebih dikenali sebagai Mee Tomoi hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan khianat membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 22 Mac lepas.

Mee Tomoi, 49, didakwa melakukan perbuatan itu bersama Mohd Azimar Abdul Razak, 36, di kediaman rasmi mufti tersebut di sini kira-kira jam 5 pagi.

Tertuduh meminta dibicarakan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mohd Azimar yang dihadapkan di mahkamah sesyen pada 24 Mei lepas bagi tuduhan membakar kereta rasmi Mohd Asri juga mengaku tidak bersalah dan mohon

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali mengendalikan pendakwaan manakala peguam Yayasan Biro Bantuan Guaman, Nur Dyiana Syukur bertindak bagi pihak Mee Tomoi.

Dalam rayuan kepada mahkamah supaya mengurangkan ikat jamin, Nur Dyiana berkata anak guamnya itu menanggung seorang isteri serta ibunya yang lumpuh berumur 66 tahun dan bapa tiri berumur 70 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad membenarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin serta menetapkan 5 Ogos depan untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Penganggur diberkas bakar kereta Mufti Perlis

Artikel Berkaitan: