Pekerja swasta maut nahas tiga kenderaan

Anggota bomba membantu mangsa dalam kejadian awal pagi tadi.
Anggota bomba membantu mangsa dalam kejadian awal pagi tadi.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang pekerja swasta maut selepas terlibat dengan kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM32 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini awal pagi tadi.

Kemalangan yang berlaku jam 12.05 pagi itu menyebabkan mangsa, Lian Jun Jie, 24, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan kaki meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kemalangan melibatkan kereta jenis Toyota, Perodua Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux.

"Hasil siasatan mendapati kereta Alza dan Hilux dari arah Johor Bahru menghala ke Pasir Gudang.

"Apabila sampai di tempat kejadian, Hilux telah melanggar bahagian belakang Alza.

"Kemudian Alza itu telah terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik manakala pacuan empat roda itu turut terbabas ke kanan jalan memasuki ke lorong bertentangan.

"Kemudian datang kereta Toyota dari arah Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru tidak sempat mengelak lalu melanggar Hilux," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Kemalangan babitkan tiga kenderaan mengakibatkan seorang pekerja swasta maut di KM32 Lebuhraya Pasir Gudang awal pagi tadi.
Kemalangan babitkan tiga kenderaan mengakibatkan seorang pekerja swasta maut di KM32 Lebuhraya Pasir Gudang awal pagi tadi.

Ismail berkata, Jun Jie yang memandu kereta Toyota dan seorang pekerja swasta berusia 38 tahun yang memandu Hilux telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapat rawatan.

"Bagaimanapun, Jun Jie yang beralamat Jalan Masai Baru, Taman Plentong telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.39 pagi tadi.

"Pemandu Hilux yang beralamat Taman Perling, Simpang Rengam mengalami kecederaan sakit dada serta patah kaki kanan.

"Pemandu Alza yang bekerja sebagai tentera dan berumur 36 tahun beralamat Bandar Seri Alam, Masai tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.