Polis sahkan kes bayi lemas dalam baldi

Lokasi kejadian sewaktu mangsa bersama pengasuh melakukan aktivti memancing. Gambar kecil:Baharuddin Mat Taib - FOTO PDRM
Lokasi kejadian sewaktu mangsa bersama pengasuh melakukan aktivti memancing. Gambar kecil:Baharuddin Mat Taib - FOTO PDRM
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang bayi berusia sembilan bulan dipercayai lemas dalam baldi berisi air dalam kejadian di sebuah taska di Seksyen 32 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pemilik taska itu bersama tiga pengasuh menjalankan aktiviti memancing di dalam bilik air taska berkenaan bersama 10 anak asuhan pada jam 1.45 tengahari.

Beliau berkata, bagaimanapun, selepas selesai menjalankan aktiviti tersebut, seorang daripada pengasuh menyedari mangsa berada dalam baldi kecil berisi air dengan keadaan kepala ke bawah.

"Pemilik taska telah membawa mangsa ke Klinik Desa Jalan Kebun untuk mendapatkan rawatan susulan kejadian itu.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia sekitar jam 4 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Baharuddin berkata, menerusi bedah siasat yang dijalankan jam 9 pagi semalam mendapati tiada sebarang unsur penderaan pada fizikal bayi berkenaan.

Beliau berkata, taska itu juga telah beroperasi sejak bulan Disember tahun lalu dan tidak mempunyai lesen.

"Bayi itu baharu 10 hari dihantar ke taska terbabit dengan bayaran RM300 sebulan.

Artikel Berkaitan:

"Ibu mangsa yang juga merupakan warga Indonesia bekerja di sebuah kelab golf di Kota Kemuning," katanya.

Dalam pada itu, Baharuddin berkata, pemilik taska berkenaan turut ditahan dan pihaknya akan memohon perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kecuaian dalam kejadian itu.

"Siasatan pihak kami juga mendapati taska tersebut mempunyai kamera litar tertutup dan siasatan lanjut sedang dijalankan buat masa ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi lemas dalam baldi