Malaysian Tigers kejutkan bekas juara dunia Jerman

Pasukan hoki Malaysia berjaya tumbangkan Jerman 4-2.
Pasukan hoki Malaysia berjaya tumbangkan Jerman 4-2.
A
A
A

PASUKAN hoki Malaysia melakar kejutan apabila buat pertama kali menewaskan pemenang pingat emas Olimpik dan bekas juara dunia, Jerman pada perlawanan siri jelajah Eropah awal pagi tadi.

Anak buah jurulatih Belanda, Roelant Oltmans menundukkan Jerman dengan jaringan 4-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Krefeld, Jerman.

Malaysian Tigers terlebih dahulu berada di depan apabila pakar pukulan sudut penalti negara, Razie Rahim membolosi gawang Jerman seawal minit keenam menerusi penalti stroke.

Penyokong tuan rumah terus muram apabila gawang pasukan mereka sekali lagi dirobek Malaysia menerusi penyerang sensasi, Faizal Saari pada minit ke-13.

Hadir sebagai kuasa besar hoki dunia, pemain Jerman kembali bangkit apabila pemain Tom Grambusch menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Babak akhir perlawanan menyaksikan serangan demi serangan pasukan negara membuahkan hasil apabila memperoleh dua lagi gol menerusi Shahril Saabah dan Meor Azuan Hassan.

Gol kedua Jerman diperoleh pada minit terakhir perlawanan hasil pukulan sudut penalti Timm Herzbruch.

Malaysian Tigers kini dalam siri jelajah Eropah untuk mengadakan perlawanan dengan enam pasukan Eropah iaitu Belgium, Belanda, Jerman, England, Sepanyol dan Ireland.

Artikel Berkaitan: