Rhys William teruja belajar buat keropok lekor
BLOGGER tidak asing lagi Rhys William melahirkan rasa teruja ke negeri Terengganu.
Dia yang fasih berbahasa Melayu kerana sudah lama menetap di Malaysia ini gembira kerana dapat makan, melawat kilang keropok lekor dan juga turut mempelajari cara membuat makanan yang sinonim dengan negeri Pantai Timur itu.
Perkara itu dikongsi dalam Youtube Mat Salleh Cari Makan.
"Jelajah Mat Salleh Cari Makan kini tiba di Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan saya merentasi negeri yang indah ini, saya dapati keropok lekor dijual di merata tempat. Boleh kata di setiap penjuru ada gerai atau warung yang menyediakan keropok lekor," katanya.
Kali ini, dia melawat kilang keropok lekor yang terletak di Bukit Tok Beng yang di panggil Keropok BTB.
Kongsi Rhys, dia pernah makan makanan tersebut namun tidak mengetahui bahan asas di dalam makanan yang disukai rakyat Malaysia itu.
"Saya pernah makan keropok lekor tetapi tidak tahu apa bahan bahan dan juga cara memasak," katanya.
Sejak dimuat naik sejak dua jam lalu, dia telah mendapat lebih 5,148 tontonan.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Netizen kongsi kisah kena 'scam' nak cium hajarulaswad
Tuan rumah dari 'syurga'
Penunggang motosikal cedera 'dilanggar' pejalan kaki
Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim
Bas persiaran terbalik berhampiran Terowong Menora
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Peratusan keluar mengundi bukan Melayu tinggi sumbang kejayaan PH
Nenek paksa kahwin dibunuh kekasih beza usia 33 tahun