Pencemaran Sungai Selangor: Pengusaha, pekerja pontun ditahan

Datuk Noor Azam Jamaludin
Datuk Noor Azam Jamaludin
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis menahan dua lelaki merupakan pekerja serta pengusaha pontun bagi membantu siasatan kes pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor, baru-baru ini.

Tangkapan individu berusia lingkungan awal 30-an itu dibuat serentak di Kuala Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kedua-dua mereka kini direman empat hari sehingga Ahad bagi menyelesaikan siasatan.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kewujudan minyak diesel dalam sungai mungkin akibat sabotaj

"Setakat ini, kita juga telah merekodkan lebih 10 keterangan. Polis juga sedang bekerjasama dengan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Seminar dan Latihan Ancaman Keganasan 2019 di sini hari ini.

Mengulas berkenaan dakwaan bahawa sekumpulan pemancing dipercayai menjadi punca pencemaran, Noor Azam berkata, dakwaan itu adalah berdasarkan laporan yang diterima pihaknya.

Katanya, daripada segi kesahihan ia belum dapat dipastikan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, beliau turut menafikan terdapatnya elemen gengsterisme di kawasan pontun terbabit.

"Mengikut siasatan kita, tiada elemen itu. Di situ adalah kawasan sungai dan tempat memancing yang dijaga oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya.