Program Biodiesel B10 beri impak positif

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan program Biodiesel B10 akan terus memberi impak positif terhadap harga pasaran minyak sawit dengan unjuran penggunaan minyak sawit negara dijangka bertambah sehingga 800 tan menjelang hujung tahun ini.

Sebagai rekod, Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, stok minyak sawit negara pada awal tahun ini melebihi tujuh juta tan dan kini berkurang kepada 2.4 juta tan.

“Ini satu perkembangan positif... bermakna ia akan memberi kesan terhadap pengurusan stok minyak sawit ini dan apabila kami urus stok ini dengan baik, maka ia akan beri kesan kepada harga,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Negara hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Program B10 mandatori ke atas minyak sawit Februari 2019

Program Biodiesel B10, iaitu adunan 10 peratus kandungan minyak sawit dan 90 peratus diesel petroleum dilaksanakan secara mandatori bermula 1 Februari lalu.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang ingin tahu keberkesanan pelaksanaan program itu dalam meningkatkan pasaran industri sawit negara.

Shamsul Iskandar berkata, kerajaan juga akan terus menggiatkan usaha membantu pesawit mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan (MPSO) dalam meningkatkan profil tanaman itu di pasaran global termasuk menyediakan dana khas untuk tujuan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: