Zaiton Osman dipilih Ikon SiPIK 2019

Zaiton ketika hadir pada pemilihannya sebagai ikon SiPIK 2019 yang akan dianjurkan bermula 27 Julai ini.
Zaiton ketika hadir pada pemilihannya sebagai ikon SiPIK 2019 yang akan dianjurkan bermula 27 Julai ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Alumni tersohor Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Datuk Zaiton Othman dipilih sebagai ikon Karnival Sukan Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas (SiPIK) 2019 yang akan berlangsung 25 hingga 28 Julai ini.

Jawatankuasa Alumni, Kelab Staf Akademik dan Kelab Staf Sokongan, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas dalam satu kenyataan berkata, pemilihan itu turut bersempena dengan sambutan 60 tahun Ilmu Khas pada September akan datang.

“Pemilihan Zaiton yang juga merupakan bekas bintang olahraga kebangsaan dan antarabangsa bertepatan dengan kejayaan dan sumbangan yang telah ditonjolkan oleh beliau sepanjang penglibatan dan karier dalam bidang sukan olahraga.

“Zaiton juga merupakan salah seorang alumni yang sering memberikan sokongan dan juga komitmen dalam membangunkan potensi serta kecemerlangan IPG Kampus Ilmu Khas,” katanya.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Alumni tersebut berkata, SiPIK 2019 Peringkat Kebangsaan itu juga bakal melibatkan seramai 760 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pensyarah dan juga staf dari IPG kampus seluruh Malaysia.

“Penganjuran SiPIK 2019 akan melibat sembilan acara, antaranya adalah bola sepak, bola tampar, golf, badminton, petanque, bola jaring, tenpin bowling, tenis dan karaoke,” katanya.

Artikel Berkaitan: