X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan air di tujuh wilayah kini pulih

Abdul Raof
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah yang terjejas sebelum ini berikutan insiden pencemaran air mentah telah pulih sepenuhnya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya amat menghargai keprihatinan semua pelanggan yang terjejas dalam memberikan kerjasama sepanjang proses pemulihan berlangsung.

Beliau berkata, Air Selangor turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat yang membantu dalam proses pemulihan bekalan di kawasan terjejas.

"Air Selangor merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua termasuk Kerajaan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan operator-operator air dari negeri lain yang membantu sepanjang tempoh gangguan.

"Air Selangor juga berharap agar semua pihak dapat bersama-sama menjaga sumber air dan menggunakannya secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas berikutan daripada berlakunya pencemaran bau di muka sauk.

Walaupun kerja-kerja pemulihan LRA terlibat mencapai tahap 97 peratus, keempat-empat loji berkenaan terpaksa dihenti tugas sekali lagi berikutan pencemaran diesel.

Beberapa kawasan terjejas akibat insiden itu antaranya wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pencemaran air disyaki tindakan sabotaj: Xavier

Pencemaran air: SPAN buat laporan polis