Lebih 50 penuntut Politeknik Balik Pulau keracunan makanan

Kira-kira 50 penuntut Politeknik Balik Pulau dikejarkan ke Hospital Balik Pulau kerana mengadu sakit perut dipercayai keracunan makanan selepas makan tengahari dalam satu taklimat tengahari tadi.
Kira-kira 50 penuntut Politeknik Balik Pulau dikejarkan ke Hospital Balik Pulau kerana mengadu sakit perut dipercayai keracunan makanan selepas makan tengahari dalam satu taklimat tengahari tadi.
A
A
A

BALIK PULAU - Lebih 50 penuntut semester satu Politeknik Balik Pulau dikejarkan ke hospital dipercayai mengalami keracunan makanan.

Kesemua mangsa dipercayai mengalami keracunan sejak jam 4 petang tadi selepas menghadiri program taklimat mengundi yang dianjurkan Suruhanjaya Pilihan Raya di institut terbabit.

Difahamkan, program itu disertai 207 penuntut semester satu yang bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Mereka dihidangkan jamuan dengan menu nasi ayam merah, telur bersama kubis pada jam 11 pagi.

Bagaimanapun, pada jam 4 petang tadi, puluhan penuntut telah mengadu sakit perut lalu dibawa ke Hospital Balik Pulau dengan kenderaan jabatan politeknik tersebut untuk rawatan.

Kesemua penuntut ditemani pensyarah untuk menerima rawatan secara berperingkat dan sehingga jam 10 malam tadi, lebih 50 penuntut dibawa dan masih menerima rawatan.

Sinar Harian masih menunggu kenyataan rasmi dari pihak berkuasa berkenaan kes tersebut.

Artikel Berkaitan: