Kanak-kanak ditimpa peti sejuk beransur pulih

Laporan Sinar Harian mengenai Muhammad Fawwaz Adli yang parah akibat ditimpa peti ais di rumahnya. (Gambar kecil, Muhammad Fawwaz kini ditempatkan di wad biasa di Hospital Tuanku Jaafar dan sudah mula bercakap.)
Laporan Sinar Harian mengenai Muhammad Fawwaz Adli yang parah akibat ditimpa peti ais di rumahnya. (Gambar kecil, Muhammad Fawwaz kini ditempatkan di wad biasa di Hospital Tuanku Jaafar dan sudah mula bercakap.)
A
A
A

SEREMBAN - Kanak-kanak berusia 5 tahun, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari yang parah akibat ditimpa peti ais di rumahnya minggu lalu kini sudah beransur pulih.

Bapanya Mohd Bukhari Zainal Annuar,33, berkata, anak sulungnya itu kini ditempatkan di wad biasa di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dan sudah mula bercakap.

“Dah empat hari dia dipindahkan ke wad biasa dari Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaannya bertambah baik, cuma demamnya saja turun naik.

“Doktor pun tak benarkan terlalu ramai datang melawat. Saya bersyukur sangat keadaannya semakin baik. Terima kasih atas keprihatinan semua yang mendoakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, Muhammad Fawwaz Adli juga tidak sabar mahu balik ke rumah.

"Dia minta saya belikan kereta kawalan jauh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki lima tahun parah dihempap peti sejuk

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Muhammad Fawwaz Adli mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala selepas ditimpa peti ais setinggi kira-kira 1.8 meter di rumahnya di Taman Cempaka, Nilai pada 12 Julai lalu, kira-kira jam 11 malam.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu disedari ibunya berusia 30 tahun selepas terdengar bunyi dentuman kuat dan disusuli teriakan anaknya menangis.

Bagaimanapun tidak pasti bagaimana kejadian sebenar berlaku, tetapi mengesyaki anaknya memanjat pintu kaca peti ais terbabit yang menyebabkannya tumbang.