Dua termasuk kanak-kanak perempuan maut MPV terbabas

Kenderaan dinaiki mangsa terbabas di Kilometer 71.5, Jalan Kota Bharu, Gua Musang, tengah malam tadi.
Kenderaan dinaiki mangsa terbabas di Kilometer 71.5, Jalan Kota Bharu, Gua Musang, tengah malam tadi.
A
A
A

KUALA KRAI - Dua termasuk kanak-kanak perempuan maut sementara dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabas di Kilometer 71.5, Jalan Kota Bharu, Gua Musang, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.32 malam itu, penumpang hadapan, Siti Syafwani Shafei, 27, yang cedera parah pada bahagian kepala meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Krai manakala Nur Ramadhiyani Al Hani Roswaman, 3, penumpang belakang, meninggal dunia di hospital.

Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit, Suliza Ab Latiff, 32, yang juga seorang jururawat cedera parah dan pemandu, Inni Syukurna Zakaria, 23, mengalami cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan dari bandar Kuala Krai ke rumah mereka di Taman Sri Rahmat.

"Hasil siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu cuba mengelak sebuah motosikal.

"Bagaimanapun kenderaan dipandu gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan," katanya.

Wan Fauzi berkata, kejadian tersebut menyebabkan mangsa terperangkap dalam MPV dan terpaksa dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat.

"Susulan kejadian, polis turut mengambil sampel darah dan urin pemandu.

Artikel Berkaitan:

"Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.