Hasrat Issey bawa ibu tunai umrah tak kesampaian

FOTO: INSTAGRAM
FOTO: INSTAGRAM
A
A
A

IBU kepada pelawak dan penyampai radio Suria Fm, Issey Fazlisham iaitu Asiah Haron, 62, meninggal dunia kira-kira jam 3.40 petang tadi akibat serangan jantung.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh selebriti berusia 32 tahun itu menerusi akaun Instagramnya.

"Ibu saya baru meninggal dunia 3.40 petang tadi... Al-Fatihah Asiah Binti Haron," tulisnya.

Issey menerusi penjelasan di Insta Story miliknya memberitahu arwah ibunya sebelum itu ditahan tiga hari di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan akibat demam dan tekanan darah rendah.

Bagaimanapun sekitar jam 9.30 pagi tadi, Allahyarham mengalami serangan jantung dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

"Jenazah Ma (panggilan untuk arwah ibu) dikebumikan malam ini selepas Isyak, di Batu 11, Ketereh, Terengganu.

"Kampung Ma. Ma dah pergi. Aku sempat jumpa Ma tapi dalam keadaan Ma tak sedar. Tek minta maaf, tak sempat bawa Ma tunai umrah tunai umrah hujung tahun ini," ujarnya.

Pada 6 Julai lalu, Issey bergegas pulang ke Kota Bharu, Kelantan, untuk melihat keadaan ibunya yang mengalami kecederaan akibat terjatuh di rumah, sehingga memerlukannya menjalani pembedahan pada bahagian kaki.

Artikel Berkaitan:

Malah difahamkan arwah turut menghidap kencing manis sejak setahun lalu dan perlu mendapatkan penjagaan rapi.