Bekas Panglima Tentera Darat meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat Ke-15 Jen (B) Tan Sri Che Md Noor Mat Arshad meninggal dunia pada usia 76 tahun, petang tadi akibat kanser.

Che Md Noor menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 petang di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Menurut kenyataan dikeluarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jenazah dibawa ke Masjid Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson untuk dimandi dan dikafankan.

Jenazah akan dikebumi di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) selepas itu.

Allahyarham yang telah berkhidmat selama 35 tahun pernah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan antaranya Panglima Divisyen (Divisyen Ke-3 Infantri) dan Timbalan Panglima Tentera Darat sebelum dilantik menjadi Panglima Tentera Darat pada tahun 1995 dan bersara dua tahun kemudian.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Che Maznah Che Mahamod. - Bernama

Artikel Berkaitan: