Pereka logo TMM2020 serah pada kementerian

Perbandingan logo asal TMM2020 dengan imej yang diambil netizen di Shutterstock.
Perbandingan logo asal TMM2020 dengan imej yang diambil netizen di Shutterstock.
A
A
A

SHAH ALAM - Pereka grafik muda, Alfred Phua menyerahkan kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung isu logo Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) rekaannya yang telah diubah suai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sejak malam tadi, sebilangan netizen yang tidak menyedari logo tersebut telah diubah suai mengkritik kononnya logo TMM2020 tidak original kerana sama seperti imej burung enggang yang terdapat dalam satu laman web jual beli antaranya imej, video dan muzik Shutterstock.

Sebilangan netizen yang menyedari terdapat perbezaan antara logo asal TMM2020 dengan logo Shutterstock itu kemudiannya memadam ciapan mereka di Twitter atau komen di Facebook.

Bagaimanapun, sesetengah portal dan netizen tetap terus mempertikaikan logo tersebut di media sosial.

Alfred yang ditanya mengenai tindakan ‘tangan-tangan gatal’ yang mengubah suai rekaannya untuk menimbulkan kontroversi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.

“Tiada komen daripada pihak saya. Pihak Kementerian akan membuat kenyataan mengenainya kemudian,” kata Alfred kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Graduan Kolej Inti itu merupakan pemenang pertandingan mencipta logo TMM2020 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Sepang semalam.

Logo tersebut dipilih bagi menggantikan satu logo lain sebelum ini yang turut mendapat kecaman netizen kerana terlalu simple serta kurang profesional.

Artikel Berkaitan: