Pendidikan Islam tidak harus dipinggirkan

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - Pendidikan Islam tidak harus dipinggirkan semata-mata mahu pelajar menguasai bidang yang lain.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataannya berkata, penguasaan bahasa, sains dan teknologi tercanggih diperlukan namun ia tidak menjamin kualiti pelajar.

"Peluang pekerjaan terhad bukan berpunca dari Pendidikan Islam.

"Pengganguran yang sedia ada bukan dipengaruhi oleh Pendidikan Islam di sekolah kerana banyak faktor lain yang memberi kesan dalam kelayakan di pelbagai bidang kerjaya," katanya.

Menurutnya, penekanan amalan dan penghayatan Islam perlu diberi keutamaan dalam pendidikan Islam.

"Pendidikan Islam adalah mata pelajaran yang mendidik akal budi dan hidup berpedomankan al-Quran dan Sunnah," katanya.

Mohd Azmi berharap agar KPM menyemak semula Pendidikan Islam di sekolah dari beberapa aspek iaitu pedagogi pengajaran, kurikulum yang lebih menyeluruh, buku teks dan latihan perguruan.

"Malah kami berpendapat penambahan waktu serta ko kurikulum Pendidikan Islam perlu digubal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tanggapan Pendidikan Islam telah melemahkan penguasaan pelajar terhadap matapelajaran yang lain perlu diperbetulkan.

"Ia tidak benar, sebaliknya Pendidikan Islam sangat diperlukan untuk membantu mengukuhkan pembinaan sahsiah pelajar," katanya.