KSSB siasat punca tumpahan diesel di Sungai Selangor

Tumpahan diesel ini dikesan pihaknya jam 6.51 petang semalam.
Tumpahan diesel ini dikesan pihaknya jam 6.51 petang semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menjalankan siasatan mengenai kejadian tumpahan diesel di kawasan Sungai Selangor berhampiran Kolam Hang Tuah.

Tumpahan diesel ini dikesan pihaknya jam 6.15 petang semalam.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat KSSB, Abdul Wahab Nordin berkata, siasatan kini sedang giat dijalankan meliputi segala aspek.

"KSSB menyiasat dari semua sudut termasuk kemungkinan berlakunya khianat atau sabotaj dan akan memberikan maklumat tambahan pada masa akan datang.

"Kami kini sedang memantau situasi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan," katanya pada satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, punca tumpahan telah dikenal pasti dan dikawal.

"Pasukan ERT telah dikerahkan dengan segera ke tapak kejadian sejurus menerima makluman berhubung kejadian.

"Situasi ini amat dikesali namun kami ingin menegaskan bahawa perlindungan alam sekitar, sungai dan sumber air adalah keutamaan kami," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran air disyaki tindakan sabotaj: Xavier