Tragedi tangga runtuh: Mangsa tak sabar tunggu cahaya mata sulung

Mohd Nasir menunjukkan gambar anak saudaranya, Shahril Apipie ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cabang Empat Tok Uban.
Mohd Nasir menunjukkan gambar anak saudaranya, Shahril Apipie ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cabang Empat Tok Uban.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penantian selama tiga tahun pasangan suami isteri untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mereka ditemui dalam keadaan berpelukan selepas tangga separa siap rumah teres dua tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Shahril Apipie Mokhtar, 29, dan isterinya, Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, yang terperangkap dalam runtuhan itu turut terkena renjatan elektrik.

Lebih menyayat hati, kandungan Wan Hasheliza yang berusia lapan bulan turut terkorban dalam kejadian itu.

Kembar kepada Shahril Apipie, Sheril Aida, 29, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan arwah abang dan kakak iparnya dua hari lalu menerusi aplikasi WhatsApp.

"Abang beritahu dia sudah tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama selepas tiga tahun menanti.

"Hujung bulan ini abang kata, dia akan pulang menghantar kakak untuk bersalin di Pasir Puteh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini hari ini.

Menurutnya, selain arwah abang dan kakak, dia juga sudah tidak sabar menanti kelahiran anak saudaranya yang baharu itu.

Artikel Berkaitan:

Keadaan rumah keluarga Shahril Apipie gelap gelita kerana semua ahli keluarga ke Kuala Lumpur untuk urusan pengurusan jenazah.
Keadaan rumah keluarga Shahril Apipie gelap gelita kerana semua ahli keluarga ke Kuala Lumpur untuk urusan pengurusan jenazah.

Katanya, ini merupakan anak suadara yang kedua untuk dirinya.

"Kami berbual seperti biasa, abang dan kakak tidak menunjukkan sebarang perubahan," katanya.

Sementara itu, bapa saudara Shahril Apipie, Mohd Nasir Yusoff, 42, berkata, seluruh ahli keluarga abangnya telah bergegas ke Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang tadi.

"Abang (Moktar Mohd Yusof) dapat berita sedih itu sekitar jam 5.30 petang," katanya ketika ditemui di Kampung Cabang Empat Tok Uban.

Katanya, Shahril Apipie merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Jenazah pasangan suami isteri itu akan dikebumikan di Kampung Sepulau, Pasir Puteh.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil maut dihempap tangga rumah