Dua penunggang maut motosikal dinaiki bertembung

Orang ramai mengerumuni kawasan kejadian bagi memberikan bantuan.
Orang ramai mengerumuni kawasan kejadian bagi memberikan bantuan.
A
A
A

KUALA KETIL - Dua penunggang maut selepas motosikal mereka bertembung di Kampung Kuala Temakah, Jalan Kuala Ketil -Merbau Pulas, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 malam tadi, mangsa, Mohd Khairul Idham Ilias, 31, dari Kampung Banjir Merbau Pulas dan Justin Arputham berusia 32 tahun dari Taman Desa Bidara, Kuala Ketil meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis daerah Baling, Superintendan Abd Fatah Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati kejadian kemalangan melibatkan dua motosikal dari arah bertentangan.

"Sebuah motosikal dari arah Kuala Ketil menghala Merbau Pulas Kulim dan sebuah lagi dari arah Merbau Pulas ke Kuala Ketil.

"Semasa sampai di tempat kejadian, kedua-dua kenderaan tersebut dipercayai telah bertembung di tengah-tengah jalan menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi tujuan bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: