Pengawal keselamatan maut langgar kereta

Mangsa yang cedera parah maut dalam kemalangan di Jalan Taman Guchil semalam.
Mangsa yang cedera parah maut dalam kemalangan di Jalan Taman Guchil semalam.
A
A
A

KUALA KRAI - Pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Taman Guchil semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa, Mohd Sufian Yusoff, 39, dari Kampung Batu Balai cedera parah maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, siasatan awal polis mendapati sebuah kereta dipandu seorang lelaki dari Kampung Tengah menuju ke Taman Perisai Wira.

"Apabila tiba di Taman Sri Guchil berhadapan dengan Pasar Borong Peladang, tiba-tiba sebuah motosikal masuk ke laluan kereta.

"Pemandunya cuba mengelak ke kiri jalan namun gagal disebabkan jarak terlalu dekat menyebabkan kereta tersebut terlanggar mangsa," katanya.

Wan Fauzi berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: