Aliran trafik menghala selatan perlahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 5 petang ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline berkata, keadaan itu dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan dari Rawang menghala Sungai Buaya dan Tanjung Malim ke Ipoh.

"Bagi arah selatan pula, aliran trafik perlahan dari Nilai ke Senawang dan Senai ke Pasir Gudang dilaporkan perlahan ekoran pertambahan jumlah pengguna yang pulang daripada bercuti dari arah utara dan faktor hujan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: