Warga emas ditemukan mati atas katil

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia dipercayai sejak beberapa hari lepas di rumahnya di Taman Free School di sini, pada jam 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mayat mangsa, Tan Aik Ping, 69, ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil oleh adiknya.

Menurutnya, mayat mangsa didapati mulai mereput berikutan telah meninggal dunia beberapa hari lalu.

"Kejadian disedari adik mangsa yang pergi ke rumahnya dan terbau busuk. Apabila adiknya masuk ke rumah, didapati abangnya berada dalam keadaan terbaring di atas katil dan tidak bernyawa.

"Menurut adiknya, mangsa tinggal seorang diri di rumah tersebut dan sudah lama bercerai selain tidak mempunyai anak. Kali terakhir adiknya melawat mangsa adalah pada 16 Julai lalu dan mangsa berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan tubuh mangsa oleh pegawai perubatan mendapati tiada unsur jenayah ditemui.

"Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan di tempat kejadian dan tiada kesan ceroboh pada rumah mangsa.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: