Penyelia kilang maut rempuh Proton Saga

Bahagian belakang Proton Saga remuk selepas dilanggar dari belakang Kawasaki Z800 ditunggang mangsa dalam kejadian di KM443 Lebuhraya PLUS, pagi tadi.
Bahagian belakang Proton Saga remuk selepas dilanggar dari belakang Kawasaki Z800 ditunggang mangsa dalam kejadian di KM443 Lebuhraya PLUS, pagi tadi.
A
A
A

RAWANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta di KM443 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.35 pagi itu, mangsa yang merupakan penyelia sebuah kilang di Melaka, Sulaiman Abdul Hadi, 47 maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan mangsa bersama seorang rakan dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands menaiki motosikal berasingan ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian berlaku dari arah Rawang menghala Ipoh melibatkan sebuah kereta Proton Saga dengan motosikal jenis Kawasaki Z800.

Lokasi kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan motosikal di KM443 Lebuhraya PLUS pagi tadi. (Gambar kecil: Samsor Maarof)
Lokasi kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan motosikal di KM443 Lebuhraya PLUS pagi tadi. (Gambar kecil: Samsor Maarof)

Menurutnya, ketika kejadian pemandu Proton Saga berusia 55 tahun itu menggunakan lorong tengah dalam perjalanan dari Puchong menghala Bukit Beruntung.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, keretanya dilanggar dari belakang oleh motosikal dipandu mangsa.

"Mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sementara pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.