MBSA terima penarafan lima bintang sempena SPB-PBT

Penyampaian anugerah Sze Han kepada Haris bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.
Penyampaian anugerah Sze Han kepada Haris bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima penarafan lima bintang sempena Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2018.

Penyampaian anugerah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, Ng Sze Han kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, dengan markah 97.5 peratus melayakkan MBSA menerima penarafan lima bintang itu.

Menurutnya, penilaian SPB-PBT anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berdasarkan beberapa kriteria.

"Antaranya pengurusan organisasi, kewangan dan aset, pelaksanaan dasar pelesenan serta kawalan perniagaan.

"Turut di ambil kira adalah perancangan dan pengurusan landskap, pengurusan sisa pepejal, perkhidmatan-perkhidmatan barisan hadapan, serta penyertaan komuniti dan pandangan penduduk," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, MBSA sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik dan berusaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat.

Dalam perkembangan sama, Shahrin berkata, MBSA telah berjaya merangkul Juara dan Inovasi Terbaik Kelas I National Innovation And Invention Competition Through Exhibition 2019.

Artikel Berkaitan:

"Ia bersempena Konvensyen Wilayah Team Excellence (Rtex) 2019 Wilayah Selatan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) bertempat di Ramada Plaza, Melaka pada 9 Julai 2019.

"Anugerah ini merupakan kejayaan buat kali keempat melalui pasukan EX7 MBSA dengan membawakan projek ‘Penyelenggaraan Struktur Penutup Longkang yang Tidak Efektif’ pada pertandingan tersebut," katanya.