Himpunan aman desak menteri dikait video intim letak jawatan

Muhammad Faizal
Muhammad Faizal
A
A
A

PUTRAJAYA - Gabungan Muafakat Anak Muda Malaysia bersama lebih 50 ahlinya hari ini membuat perhimpunan di luar Masjid Putra di sini bagi menolak menteri yang didakwa terlibat dengan video intim.

Perhimpunan secara aman itu diadakan bagi mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat menteri yang dikaitkan dengan isu tersebut selain turut meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan secara telus tanpa pilih kasih.

Pengerusinya, Muhammad Faizal Sufar berkata, pemimpin utama negara perlu mengambil langkah segera untuk menghentikan kontroversi memalukan melibatkan agama dan juga nama baik Malaysia.

"Kita berharap Dr Mahathir membuat sesuatu dengan segera memecat mana-mana menteri atau pemimpin kerajaan yang dikaitkan dengan isu moral. Dakwaan menteri terlibat dengan hubungan sejenis merupakan perkara yang sangat serius dan perlu dihentikan segera.

"Bagaimana kita (Malaysia) hendak mempertahankan Islam jika isu yang sangat memalukan ini tidak ditangani," katanya pada sidang media sebaik selesai membuat perhimpunan secara aman di sini hari ini.

Menurut Muhammad Faizal lagi, selain mendesak menteri yang dikaitkan dengan video intim itu, gabungan yang terdiri daripada anak muda sekitar Lembah Klang itu turut mendesak agar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini pernah berdepan dengan tuduhan sama tidak dipilih menjadi pemimpin negara demi kepentingan generasi muda akan datang.

"Kita tidak mahu mana-mana ahli politik atau menteri yang terpalit dengan isu moral ini menjadi pemimpin," katanya.

Terdahulu, tindakan kumpulan yang menyertai perhimpunan itu mengagihkan pisang kepada orang orang ramai di sekitar masjid tersebut turut mendapat perhatian pengunjung yang berada di lokasi itu.

Artikel Berkaitan: