Susah betul minum tanpa penyedut minuman

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEJAK sekian lama bersahabat, baru hari ini Merak Jalanan dapat makan tengah hari bersama seorang sahabat yang agak lama tidak berjumpa.

Kami sengaja memilih sebuah kedai makan di pusat beli-belah terkenal di tengah bandaraya Shah Alam untuk menikmati nasi ayam percik.

Selepas mengambil tempat duduk di tepi kedai, Merak Jalanan terus minum air yang dipesan.

Akibat minuman itu begitu dingin dek kerana ketulan aisnya agak banyak, air itu tertumpah di tudung merah jambu Merak Jalanan.

Aduhai, malang sungguh. Sudahlah selepas waktu rehat tengah hari ada mesyuarat penting!

Sebaik kerajaan Selangor mewajibkan setiap pengusaha premis makanan untuk bersama-sama menjayakan kempen Bebas Penyedut Minuman Plastik bermula 1 Julai lalu, inilah yang sering terjadi kepada Merak Jalanan.

Sebelum ini, Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meletakkan satu klausa menggalakkan pemilik premis turut serta dalam kempen ini diborang permohonan pembaharuan lesen perniagaan.

Kerajaan Selangor mengambil langkah proaktif ini dalam menghindari penggunaan plastik sekali guna, sekali gus menyumbang kepada kelestarian alam.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, penyedut minuman akan tetap diberikan atas permintaan.

Namun, apabila ada premis makanan yang terus tidak menyediakan penyedut minuman itu membuatkan pembeli berkira-kira untuk memesan makanan di kedai terbabit pada masa akan datang.