Ibu beranak lima jadi tokan dadah

Barangan yang dirampas dalam serbuan sebuah rumah di Kampung Sungai Kechil Hilir malam semalam.
Barangan yang dirampas dalam serbuan sebuah rumah di Kampung Sungai Kechil Hilir malam semalam.
A
A
A

NIBONG TEBAL- Seorang ibu beranak lima dan dua kuncunya ditahan selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah malam semalam.

Difahamkan wanita terbabit melakukan kegiatan haram berkenaan di sebuah rumah di Kampung Sungai Kechil Hilir di sini sejak beberapa bulan lalu dengan membekalkan dadah kepada penagih di sekitar daerah ini termasuk di Parit Buntar, Perak dan Bandar Bahru, Kedah.

Penolong Pengarah (Kanan) Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Pulau Pinang, Ibrahim Muhamad Said berkata, serbuan yang dilakukan jam 10 malam itu menahan wanita terbabit berusia 30an serta dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun.

Menurutnya, dua lelaki itu pada mulanya cuba menyembunyikan dadah dalam anak patung beruang bagi mengelak dikesan namun tidak berhasil selepasnya ianya turut ditemui bersama peralatan untuk memproses dan menghasilkan dadah di dalam rumah terbabit.

Ibrahim berkata, antara yang ditemui satu paketmengandungi 400g ketamin, dua paket syabu masing-masing seberat 10 dan 12.3g serta 300 mililiter cecair kimia yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

Menurutnya, suspek sebelum itu bertindak menutup kesemua lampu sebagai helah rumah tidak berpenghuni menyebabkan anggota terpaksa memecah masuk selepas arahan untuk membuka pintu tidak diendahkan.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, pihaknya menahan lapan individu lagi termasuk tiga wanita dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar kawasan Sungai Bakap selepas didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia diantara 19 hingga 45 tahun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: