Kenyataan Anwar tak salah: Baldip

Anwar Ibrahim - FOTO: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Anwar Ibrahim - FOTO: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

IPOH - Tiada yang salah dalam kenyataan dan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cadangan agar Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan sekiranya kesahihan video intim yang menjadi persoalan dapat dibuktikan.

Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh berkata, selaku Presiden parti, Anwar berhak menyatakan pandangan dan kenyataan dikeluarkan itu tidak lebih berbentuk syarat.

"Saya tidak nampak ada apa apa-apa kesalahan dalam kenyataan itu.

"Beliau meletakkan perkataan 'if' yang bermaksud sekiranya atau kalau, jika tidak terlibat maka sesiapun anggota parti tidak perlu letak jawatan," katanya pada sidang media di Pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Sehubungan itu pihaknya meminta mana-mana anggota parti tidak mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan pendirian Anwar selaku ketua parti.

"Saya terperanjat dengan beberapa kenyataan kebelakangan ini yang dikeluarkan oleh anggota parti yang tersalah tafsir dengan perkataan 'if' itu.

"Bagi PKR Perak, kami yakin apa yang sedang dibuat Datuk Seri Anwar itu adalah betul dan secara majoritinya, kami menyokong penuh kenyataan dan pendirian beliau," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 28 pemimpin PKR tegur Anwar

Hari ini, seramai 28 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen PKR mendesak Anwar berhenti mengeluarkan kenyataan yang memecahbelahkan perpaduan parti dalam isu video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Mereka juga tidak setuju dengan kenyataan Anwar semalam yang menyatakan Mohamed Azmin perlu melepaskan jawatan kerajaan sekiranya video berkenaan tulen.

Dalam satu kenyataan bersama pagi ini, mereka juga menegaskan kenyataan Anwar itu tidak berasas kerana hanya berdasarkan spekulasi.