Lima ahli sindiket diberkas, rokok seludup RM400,000 dirampas

Polis merampas 2,710 karton rokok seludup dalam operasi di Klang, Selangor, semalam.
Polis merampas 2,710 karton rokok seludup dalam operasi di Klang, Selangor, semalam.
A
A
A

KLANG - Polis menumpaskan kegiatan sindiket pengedaran rokok seludup dalam operasi di daerah ini, semalam.

Kejayaan itu bertindak hasil maklumat dan risikan Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

Pengarahnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, seramai lima lelaki tempatan berusia lingkungan 29 hingga 57 tahun diberkas.

"Dalam operasi itu, sebanyak 2,710 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM400,000 telah dirampas bersama sejumlah wang tunai RM49,040.

"Selain itu, dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan sebuah Proton Waja dengan 87 keping pelekat duti kastam dipercayai palsu turut dirampas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiga kenderaan dirampas dalam operasi di Klang, Selangor, semalam.
Tiga kenderaan dirampas dalam operasi di Klang, Selangor, semalam.

Acryl Sani berkata, pihaknya percaya sindiket ini bergiat aktif di sekitar Lembah Klang.

Tambahnya, semakan juga mendedahkan dua daripada suspek yang ditahan memiliki rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.