Ajal dalam kereta terkunci

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam sebuah kereta yang terkunci akibat serangan jantung, petang tadi.

Kejadian sekitar jam 3.45 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 71 tahun sedang mengundurkan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki sebelum hilang kawalan.

Mangsa yang terperangkap dalam kenderaan terkunci di tepi rumahnya di Bercham Indah di sini berjaya dikeluarkan anggota bomba dari Balai Ipoh menggunakan peralatan khas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kejadian itu disedari isteri mangsa yang kemudiannya segera menghubungi ambulans dan polis.

"Ketika kejadian, mangsa dilaporkan baru sahaja sampai di rumah, isterinya yang berada di rumah terdengar bunyi kereta terlanggar sesuatu dan segera keluar untuk memeriksa sebelum melihat keadaan mangsa tidak bermaya," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku dan mangsa mempunyai rekod perubatan menghidap sakit jantung dan buah pinggang.

"Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: