X

Kindly register in order to view this article
!

Peralihan kuasa berlaku dalam tempoh dua tahun, kata Kadir Jasin

Kadir Jasin (dua dari kanan) ditemui pada Diskusi Buku Anwar PM ke-8, 'Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati' di Vista Alam hari ini. - Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A

SHAH ALAM - Peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam tempoh dua tahun.

Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin percaya, tempoh itu dilihat sesuai dan yakin Anwar akan menjadi Perdana Menteri kelapan.

A. Kadir Jasin - Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A. Kadir Jasin - Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Menurutnya, perkara itu turut dibangkitkan Dr Mahathir dalam mesyuarat Parti Bersatu baru-baru ini dan beliau sekali lagi menegaskan akan menepati janji berhubung isu peralihan kuasa itu.

"Mungkin ketika ini yang diperbahaskan sehingga menimbulkan kerisauan dari semasa ke semasa ialah bila tarikh peralihan akan berlaku, ikut kefahaman saya, ia mungkin berlaku dalam dua tahun atau dua tahun lebih.

"Sebagai orang yang sudah melihat perkembangan Dr Mahathir dan Anwar saya percaya peralihan ini akan berjalan seperti dijanjikan dan yakin Anwar akan menjadi perdana menteri kelapan," katanya ketika ditemui pada Diskusi Buku bertajuk 'Anwar PM ke-8' di Vusta Alam Seksyen 14, di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Datuk Dr Mahammad Redzuan Othman dan Bekas Presiden Transperancy International Malaysia (TI-M) Datuk Seri Akhbar Satar.

Dalam pada itu, Kadir berkata, isu peralihan kuasa itu tidak hanya dibincangkan oleh rakyat tetapi juga oleh pelabur-pelabur asing yang mahu kepastian sama ada jawatan nombor satu negara itu akan diserahkan kepada Anwar atau tidak.

Beliau berkata, para pelabur dilihat menyokong dan yakin dengan reformasi yang berlaku di negara ini, namun pada masa yang sama turut mengikuti perkembangan isu peralihan kuasa ini dan berharap ia akan berjalan lancar.

"Isu peralihan kuasa ini kali ini tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia kerana proses pemilihan perdana menteri ditentukan menerusi deklarasi 7 Januari 2018 iaitu oleh parti, watak-watak yang terbabit dan rakyat jelata.

"Adalah perkara biasa, masing-masing mempunyai pendirian peribadi tetapi saya yakin ia adalah peralihan kuasa seperti yang dijanjikan," katanya.

Katanya, semua pihak juga kini perlu berhenti membicarakan soal peralihan ini dan harus mula memikirkan apa yang akan berlaku selepas peralihan kuasa berlaku nanti.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!