KDEBWM bersihkan Jambatan Raja Muda Nala

KDEBWM memenuhi tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan menjalankan kerja pembersihan di Jambatan Raja Muda Nala hari ini.
KDEBWM memenuhi tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan menjalankan kerja pembersihan di Jambatan Raja Muda Nala hari ini.
A
A
A

KLANG - KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) hari ini melaksanakan kerja pembersihan di Jambatan Raja Muda Nala di sini bagi memenuhi tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Ketua Perhubungan Awam dan Media KDEBWM, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, operasi pembersihan itu dilaksanakan menggunakan jentera ‘road sweeper’ yang dilengkapi teknologi canggih.

Menurutnya, jentera tersebut mampu melakukan kerja permbersihan dengan lebih efektif dan efisien.

“Jentera ini dilengkapi Vehicle Monitoring System (VMS) di mana pergerakan jentera dipantau secara berpusat di Ibu Pejabat KDEBWM di Shah Alam dan ia mampu menampung sehingga 680kg sampah bagi sekali penggunaan.

“Penggunaan jentera berkualiti tinggi ini bukan sahaja mudahkan kerja pembersihan malah mampu lakukan kerja sapuan di jalan secara mekanikal terutama di jalan sibuk dan yang tidak dapat dilakukan secara manual,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, menjadi misi KDEBWM menggunakan jentera dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan teknologi canggih dalam meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Katanya, selain ‘road sweeper’, KDEBWM juga mempunyai jentera ‘high pressure water jetter’ bagi kerja-kerja pembersihan longkang.

“KDEBWM selaku syarikat yang menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor sentiasa beri perkhidmatan terbaik dan menyediakan jentera serta peralatan bermutu tinggi dalam melakukan kerja-kerja pembersihan,” katanya..

Artikel Berkaitan: