Anggota TUDM maut digilis lori

Azman Shariat
Azman Shariat
A
A
A

SUBANG JAYA - [DIKEMASKINI] Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut digilis lori dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan lori di KM6.6, Lebuhraya Elite dari arah Dengkil ke arah Shah Alam, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6. 50 pagi itu, Mohd Alif Fitri Osman, 33 beralamat di Banting maut di lokasi kejadian selepas cedera parah pada kaki kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC Nuovo terjatuh daripada motosikalnya selepas terlanggar satu objek atas jalan.

"Mangsa kemudian dilanggar sebuah lori jenis Hino dipandu lelaki berusia 39 tahun," katanya.

Azman berkata, mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: