Warga asing mahu dilayan seperti raja

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEORANG lelaki warga India dicekup kerana menyalahgunakan pas melancong dengan berniaga cendol di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur semalam.

Pelanggan kebiasaannya tidak akan menyiasat latar belakang peniaga. Kita nampak ada ayat al-Quran, pekerjanya berkopiah, nampak menyelerakan dan ramai pelanggan maka kita akan singgah.

Di Melaka pula, seorang lelaki Bangladesh salah guna pas pelancong dengan menjadi ‘Spiderman’.

Lelaki itu dicekup ketika menanti pelancong untuk bergambar bersamanya. Dia memakai kostum adiwira bagi mendapatkan wang daripada kanak-kanak dan pelancong yang bergambar dengannya.

Tiada siapa yang akan membuka topeng untuk menyiasat siapa di sebalik kostum itu.

Secara umumnya,warga asing yang datang dan menetap di negara ini sudah mengetahui pelbagai selok-belok cara nak 'hidup' di Malaysia.

Sama ada dengan cara bekerja, berniaga atau meminta sedekah, semuanya boleh dijalankan. Jika tak terdedah maka bolehlah beroperasi lebih lama, jika terbongkar maka boleh cuba bidang lain.

Begitulah makmur dan pemurah rakyat Malaysia. Contoh paling mudah ialah warga asing yang meminta sedekah di lampu isyarat, cuba periksa berapa jumlah kutipan setiap hari.

Artikel Berkaitan:

Tidak cukup dengan itu, kita juga diminta untuk melayan warga asing seperti raja di depot tahanan.

Seperti tuduhan seorang wanita Filipina yang mendakwa dua anaknya menerima layanan buruk ketika ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil (DIBJ).

Malah, wanita itu mendakwa makanan diberikan kepada dua anaknya hanya layak untuk binatang.

Menjawab tuduhan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, jika kualiti makanan amat teruk, sudah tentulah semua tahanan warga asing sering keracunan makanan dan ditempatkan di hospital dengan jumlah yang ramai.

Malah, setiap tahanan mendapat empat kali makanan sehari merangkumi sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

“Mereka diberikan tiga ekor ikan setiap kali hidangan serta potongan ayam mengikut saiz ditetapkan berserta sayur berkualiti dan berkhasiat. Malah setiap blok dipasang penapis air supaya tahanan dapat menikmati air bersih dan berkualiti,” katanya.

Sepanjang tahun ini sahaja, kerajaan sudah memperuntukkan sebanyak RM80 juta bagi tujuan penyediaan makanan di semua 18 pusat tahanan imigresen di seluruh negara. Baiknya kita Malaysia.