Video intim: Polis tahan tiga lagi lelaki di Johor

Haziq Abdullah ketika keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi baru-baru ini. - FOTO ROSLI TALIB
Haziq Abdullah ketika keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi baru-baru ini. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lagi individu di sekitar Johor Bahru bagi membantu siasatan isu video intim yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kabinet.

Ketiga-tiga lelaki tempatan berusia lingkungan antara 29 dan 37 tahun itu ditahan petang tadi.

Difahamkan, beberapa unit telefon bimbit turut dirampas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 2.30 petang bagi membantu siasatan berhubung kes video terbabit.

"Reman ketiga-tiga lelaki ini akan dibuat esok untuk siasatan lanjut.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ketika ditanya adakah tiga individu ini merupakan ahli politik, Huzir bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut perkara terbabit kerana siasatan masih dijalankan.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama lima lelaki ditahan reman selama enam hari sehingga 20 Julai bagi membantu siasatan berhubung penularan video seks berkenaan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Video intim: Haziq, lima individu direman enam hari