Eizlan Yusof tuntut polis mohon maaf

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Datuk Eizlan Yusof memberi tempoh sehingga 31 Julai ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan mengenai kemalangan yang melibatkan anaknya di Sabak Bernam, Selangor pada 11 Julai lalu.

Dalam laporan sebuah akhbar, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Lim Chee Khoon dikatakan menafikan anak Eizlan terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Laporan itu menyebut kemalangan itu membabitkan kereta Toyota Vios dinaiki dua wanita berusia serta kereta Proton Wira dipandu seorang tukang rumah lelaki.

Menurut Eizlan, ketika kemalangan tersebut berlaku, anaknya Zareef, 9, ditemani pengurus anaknya, Nur Zuriati Mohd Rijaluddin, 23, yang memandu kenderaan terbabit.

No Image Caption

"Saya kecewa kerana polis menafikan anak saya terbabit dalam kemalangan.

"Justeru, saya mahu isu itu diperbetulkan supaya ia tidak memberi impak negatif, lebih-lebih lagi ia membabitkan nyawa dan masa depan anak saya.

"Saya tak nak nanti dia dituduh penipu," katanya seperti mana dipetik MalaysiaKini, pada sidang media di kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia di Hulu Kelang, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Oleh yang demikian, Eizlan menggesa agar pihak polis menerangkan perkara sebenar mengenai kejadian tersebut.