Bekas Presiden Afrika Selatan dakwa jadi mangsa konspirasi

Jacob Zuma
Jacob Zuma
A
A
A

JOHANNESBURG - Bekas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma menolak tuduhan rasuah yang dilemparkan ke atasnya ketika beliau memegang tampuk pemerintahan di negara itu selama hampir sembilan tahun.

Menurutnya, beliau menjadi mangsa konspirasi agensi risikan tempatan dan asing yang berniat untuk menyingkir dan mencemar nama baiknya.

"Saya menjadi subjek perbualan di negara ini selama lebih sedekad. Saya telah dikritik dan turut digelar raja rasuah dan paling korup. Saya terus diprovokasi," katanya di hadapan panel kehakiman yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan rasuah tersebut di Johannesburg semalam.

Bekas Menteri Kewangan, Pravin Gordhan menganggarkan lebih 100 bilion rand (RM29.6 bilion) telah dicuri ketika Zuma memerintah negara ekonomi industri tersebut.

Beberapa saksi termasuk bekas eksekutif dan pegawai kerajaan turut mendedahkan Zuma menerima rasuah daripada ahli perniagaan dan membenarkan keluarga kaya Gupta campur tangan untuk membuat keputusan termasuk berkaitan kontrak negara.

Zuma bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyatakan tiada bukti kukuh untuk mengaitkannya malah beliau hanya bersahabat dengan keluarga Gupta.

"Saya tidak pernah melakukan perkara yang melanggar undang-undang bersama mereka. Saya tertanya-tanya kenapa saya menerima tuduhan seperti itu. Kenapa ramai orang fikir hubungan kami salah," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: