'Saya rela ke Tanjung Rambutan'

Laporan Sinar Harian semalam. (Gambar kecil: Hamidah Osman)
A
A

IPOH - "Biarlah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada bangsa, agama dan negara," itu respon bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamidah Osman menjawab saranan dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menghargai kenyataan balas itu yang sekali gus membuktikan bahawa pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mencadangkan penubuhan Bersatu.

Katanya, pendedahan tersebut dibuat kerana tidak mahu rakyat terus dibohongi.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana beliau akhirnya mengakui bahawa memang Lim Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti Melayu untuk menarik 10 peratus undi UMNO.

"Saya agak hairan kenapa setelah mengakui, Dr Mahathir mencadangkan supaya saya dan Datuk Seri Najib masuk ke Tanjung Rambutan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Dr Mahathir dalam sidang medianya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya secara sinis mencadangkan supaya individu yang mengatakan penubuhan Bersatu dicadangkan Kit Siang supaya masuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

Terdahulu, Hamidah mendedahkan beliau ialah pemberi maklumat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan Kit Siang untuk Dr Mahathir menubuhkan Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat orang Melayu tak boleh fikir ke, soal Tun M

Najib dakwa Kit Siang cadang idea tubuh Bersatu