Ingat orang Melayu tak boleh fikir ke, soal Tun M

Dr Mahathir menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini. - Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Mahathir menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini. - Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis menafikan dakwaan penubuhan parti Melayu itu adalah cadangan daripada penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau juga menyifatkan pihak yang membuat dakwaan itu sebagai tidak siuman.

“Ingat orang Melayu tak boleh fikir ke? Orang yang kata itu saya ingat perlu pergi ke Tanjung Rambutan.

“Yelah... Lim Kit Siang mengadakan mesyuarat dengan semua pemimpin Melayu, adalah perlu pemimpin Melayu menubuhkan Bersatu... kita pun kata ya ya ya.

“Kalau nak percaya, kamu percaya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung dakwaan berkenaan.

Dakwaan itu timbul hasil pendedahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa asal usul penubuhan Bersatu adalah hasil cadangan Kit Siang.

Ia sekali gus sebagai reaksi Najib terhadap pelawaan Dr Mahathir agar semua parti Melayu bergabung menyertai Bersatu.

Artikel Berkaitan: