Umat Islam boleh semak semula arah kiblat hari ini

Umat Islam berpeluang menyemak semula arah kiblat berikutan fenomena Matahari Istiwa’ A’dzham, petang ini.
Umat Islam berpeluang menyemak semula arah kiblat berikutan fenomena Matahari Istiwa’ A’dzham, petang ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam di negara ini boleh menyemak dan menentukan semula arah kiblat berikutan fenomena Matahari Istiwa’ A’dzham petang ini.

Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada jam 5.28 petang waktu Malaysia.

Menurutnya, pada waktu tersebut umat Islam berpeluang melakukan semakan arah kiblat bagi mana-mana ruang solat yang didirikan.

“Antara tatacara semakan kiblat termasuk memastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat dengan menghubungi talian 1051 untuk mendapatkan waktu sebenar.