Selangor hab utama pelaburan negara, Asean

Amirudin merasmikan Majlis Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2019 (SIBS) hari ini.
Amirudin merasmikan Majlis Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2019 (SIBS) hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - [VIDEO] Selangor menjadi lokasi pelaburan utama yang menyediakan segala nilai tambah kepada pelabur dan pintu masuk pelaburan yang ideal pasaran Asean.

Menteri Besarnya, Amirudin Shari berkata, Selangor juga mempunyai kelebihan dalam menarik peluang pekerjaan yang berkelayakan, berbakat dan berkemahiran kerana mempunyai kemudahan infra yang terbaik.

"Selangor adalah tempat kepada 3.4 juta tenaga kerja pelbagai bidang yang mahir di negara ini. Pekerja mahir ini adalah asas pertumbuhan ekonomi Selangor, dengan fleksibiliti adaptif selaras peredaran teknologi dan ekonomi semasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di perasmian Majlis Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2019 (SIBS) di sini hari ini.

Amirudin ketika melawat ruang pameran pada Majlis Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2019(SIBS) di sini.
Amirudin ketika melawat ruang pameran pada Majlis Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2019(SIBS) di sini.

Menurutnya, Selangor terus meningkatkan keupayaannya sebagai pemacu ekonomi terbesar di Malaysia dengan sumbangan sebanyak 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2017.

"Dari segi pelaburan, Selangor mencatat prestasi terbaik dalam sejarah dengan RM18.9 bilion, dengan 241 diluluskan projek pada 2018.

"Pada tahun 2019, Selangor menyasarkan untuk menerima jumlah pelaburan bernilai RM10 bilion, dan ini merupakan ramalan konservatif disebabkan oleh pelbagai ketidaktentuan ekonomi global," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, bagi tempoh tiga bulan pertama 2019, Selangor memperoleh aliran masuk pelaburan bernilai RM1.5 bilion.

"Pelaburan ini dijana daripada 75 projek perkilangan diluluskan, yang menjadi penyumbang tertinggi KDNK di Malaysia (35 peratus) dalam tempoh yang sama.

"Dengan inisiatif pembangunan ekonomi yang agresif dan komprehensif diperkenalkan apabila Belanjawan Negeri dibentangkan sebelum ini dan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kita yakin meskipun terdapat pelbagai senario ekonomi global, Selangor dapat mencapai sasaran jumlah pelaburan dalam 2019," katanya.