Empat pekerja TNB terkandas di hutan

Mohd Adli Mat Daud
Mohd Adli Mat Daud
A
A
A

HULU TERENGGANU - Empat kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditugaskan membuat pemeriksaan puncak TNB (Tower Top Inspection) terkandas di Hutan Simpan Mizan Felda Mengkawang, Kuala Berang, di sini.

Mereka bersama empat rakan sekerja lain lagi memulakan tugas 9.30 pagi semalam dan sepatutnya berakhir 6 petang (hari yang sama), namun keempat-empat mangsa terlibat terkandas kerana telah terpisah lokasi.

Empat yang terkandas ialah Nor Muslim Mohd Dom,51; Mohd Amirul Ismail serta Muhammad Syazwan Wahab yang masing-masing usia 30 tahun dan Ahmad Khairi Azman Mohamed, 29.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, insiden itu diketahui seorang Juruteknikal Kanan TNB yang berjaya hubungi salah seorang mangsa terlibat jam 9.55 malam tadi.

"Salah seorang mangsa memaklumkan akan bermalam di tempat kejadian (kawasan hutan) memandangkan cuaca gelap dan dalam keadaan keletihan.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dijalankan lebih kurang jam 8 pagi tadi bermula dari tempat di mana mangsa-mangsa dilaporkan hilang.

"Antara yang terlibat ialah polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Pasukan Gerakan Am Batalion 9 Gong Badak," katanya.

Artikel Berkaitan: