Desak Guan Eng dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya memandang serius dakwaan Guan Eng yang telah terbukti menipu dan mengelirukan Parlimen dengan niat jahat untuk membangkit kebencian rakyat terhadap kerajaan terdahulu.

"Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar Guan Eng dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dan dikenakan hukuman yang tegas dan setimpal.

"Ini kerana dakwaannya bukan sahaja palsu malah boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan rakyat," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) mengesahkan tiada kehilangan wang kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akibat ‘dirompak’ oleh Kerajaan BN yang lepas seperti yang didakwa oleh Guan Eng sebelum ini.

Sehubungan itu, Asyraf Wajdi berkata, Yang di-Pertua Dewan Rakyat wajar menerima usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri untuk dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen yang lain.

Artikel Berkaitan: